Jangan Babitkan Saya Dalam Perebutan Jawatan MIC - Samy Vellu - Berita Semasa | mStar

Jangan Babitkan Saya Dalam Perebutan Jawatan MIC - Samy Vellu

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Samy Vellu.
Samy Vellu.

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada Isnin mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.

"Jangan heret saya dalam 'peperangan' anda," katanya kepada Bernama di sini, sambil menambah beliau akan membuat pilihannya sendiri mengenai siapa harus meneraju parti itu apabila tiba masanya.

Katanya, beliau juga akan turun berkempen bagi pihak yang dirasakannya layak memimpin parti itu.

Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama pada Isnin yang menyebut kemungkinan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menandingi jawatan tertinggi parti berusia 67 tahun itu.

Laporan itu juga menyebut presiden MIC yang paling lama berkhidmat berkenaan memberi lampu hijau kepada Dr Subramaniam untuk bertanding, selaras dengan perlembagaan parti yang demokratik.

Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan menafikan ada berbincang dengan Palanivel dan Dr Subramaniam berhubung pemilihan parti.

"Setakat ini saya tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak baik Dr Subramaniam mahupun Palanivel," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, sedia menimbang untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti jika diminta dan disokong perwakilan MIC. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan