Buktikan Kesahihan Gambar 'Blackout' - SPR

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mereka yang mendakwa bahawa gambar-gambar yang tersebar di internet yang menunjukkan berlakunya kejadian 'blackout' di sebuah pusat kiraan undi di Selangor pada 5 Mei lalu untuk membuktikan kesahihannya.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya mengalu-alukan apa-apa sahaja bukti supaya siasatan dapat dijalankan tentang mengapa "pegawai yang dilihat dalam gambar tersebut tidak memakai pakaian seragam SPR".

"Saya juga ingin tahu jika 'blackout' memang berlaku. Saya ingin tahu mengapa pegawai yang mengira kertas undi dalam gambar tersebut tidak memakai pakaian seragam SPR," katanya, Ahad.

Malah, Tenaga Nasional Bhd, kata Wan Ahmad, telah menjelaskan bahawa tiada sebarang kejadian gangguan kuasa semasa proses mengira undi pada hari tersebut.

Beliau mengulas sebagai menafikan dakwaan ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail bahawa gambar itu adalah palsu.

Dalam satu kenyataan, Noor Hanim dari PAS berkata gambar itu diambil oleh ejen beliau di bilik pengiraan undi Stream 3 di SK Serdang kira-kira pukul 7.32 petang pada 5 Mei.

Gambar yang didakwa itu menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi menggunakan lampu tambahan.

Bagaimanapun, beliau kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak membuat laporan polis atau SPR berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau merancang untuk berbuat demikian, beliau berkata: "Ia terpulang kepada parti (PAS) untuk berbuat demikian."

Suruhanjaya itu, kata Wan Ahmad, telah menggunakan pelbagai saluran untuk mengesahkan dakwaan kejadian "blackout" sebaik sahaja mendapat khabar angin mengenai insiden itu di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor tetapi tidak menjumpai kebenarannya.

Beliau berkata SPR juga telah membuat pemeriksaan dengan pegawai-pegawai di Pahang dan Selangor tetapi laporan mereka kembali negatif.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan