Agong Terima Watikah Pelantikan Enam Wakil Asing Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin berkenan menerima watikah pelantikan daripada enam duta dan pesuruhjaya tinggi asing ke Malaysia di Istana Negara, di sini.

Mereka ialah Abdulla Mattar Khamis Al Mazrouei dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Ahmed Faouzi (Maghribi), Archbishop Joseph Marino (Holy See), Qaley Ali Oglu Allahverdiyev (Azerbaijan), Judith St George (Kanada) dan Dr Anwar Abubaker Elfeitori dari Libya.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permasuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan menerima menghadap enam ketua perwakilan asing ke Malaysia itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Husni Zai Yaacob.

Abdulla Mattar Khamis, 52, yang dilantik sebagai Duta Tetap UAE ke Malaysia pada April lepas, kini dilantik sebagai Duta Besar UAE ke Malaysia.

Ahmed Faouzi, 57, pula adalah diplomat dari Rabat yang dilantik sebagai Duta Tetap Maghribi ke Malaysia. Beliau pernah menjadi Duta Maghribi ke Ivory Coast dari 2008 hingga 2012.

Archbishop Joseph Marino, 60, adalah Duta Besar pertama Holy See ke Malaysia selepas pembentukan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara itu pada 18 Julai 2011.

Holy See mewujudkan kedutaannya di Malaysia pada Julai 2012.

Qaley Ali Oglu Allahverdiyev, 63, dilantik sebagai Duta Tetap Azerbaijan ke Malaysia.

Beliau pernah menjadi kaunselor di Kedutaan Azerbaijan di Turki, Indonesia dan Qatar.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Judith St George, 54, dilantik untuk menggantikan Randolph Mank yang tamat tempoh bertugas pada 7 Sept tahun lepas.

Dr Anwar Abubaker Elfeitori, 49, pula merupakan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi di bawah pengawasan Majlis Eksekutif Libya dari 2011 hingga 2012 sebelum dilantik menjadi duta ke Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan