T.Mohan Tidak Akan Pertahan Jawatan Ketua Pemuda MIC

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC, T. Mohan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang bagi memberi laluan kepada kepimpinan yang lebih sesuai dengan generasi muda.

“Saya memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan saya. Saya memberi laluan kepada orang lain yang lebih sesuai dengan golongan belia untuk memimpin,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda MIC pada Ahad.

Walaupun beliau layak untuk bertanding dalam pemilihan pemuda pada Januari tahun depan, Mohan berkata, beliau telah banyak berfikir demi hala tuju masa depan sayap itu.

Mohan yang mula memimpin sebagai Ketua Pemuda MIC Puchong pada 1999 berkata, ia adalah penting bagi sayap yang akan diketuai oleh para pemimpin yang mampu untuk melibatkan mereka yang berumur antara 18 dan 20 tahun.

“Kita perlu pendekatan dengan gaya baru apabila melibatkan belia dan kita tidak boleh mengendalikan parti seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau menggesa pemimpin-pemimpin di bahagian dan cawangan yang tidak aktif supaya mempertimbangkan semula mengenai komitmen mereka terhadap parti dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin baru.

Mohan berkata, sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan oleh sayap untuk memastikan para pemimpian bahagian dan cawangan kekal aktif sementara menunggu pemilihan parti.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan