Program Destini Anak India Beri Peluang Pelajar Ke Tahap Tinggi - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Program Mengubah Destini Anak India Malaysia yang dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lepas, membuka peluang kepada lebih ramai pelajar India melanjutkan pengajian mereka.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, ini kerana menerusi program itu, pelajar yang sederhana dalam pelajaran juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Mereka yang mendapat keputusan 7A atau 8A mendapat tempat (di institusi pengajian tinggi) tetapi mereka yang mendapat tiga kredit dalam keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak mendapat tempat dan terperangkap dalam banyak masalah sosial kerana tidak dapat menyambung pelajaran.

"Dengan adanya program ini, mereka yang berjaya memperoleh sekurang-kurangnya tiga kredit dalam Matematik, Sains dan Bahasa Malaysia boleh mendapat peluang ini," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai kepada 200 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Namakkal Society.

Palanivel berkata, program itu merupakan satu pembaharuan dari segi pendidikan masyarakat India di negara ini yang dapat membangunkan tahap sosioekonomi mereka.

Pada 25 Februari lepas, Najib mengumumkan kumpulan pertama iaitu 1,600 remaja India akan melanjutkan pengajian ke peringkat pradiploma dalam 62 kursus teknikal dan vokasional di politeknik seluruh negara, selain diberi elaun sebanyak RM250 sebulan.

Program itu mengambil pendekatan sama seperti Program Mengubah Destini Anak Bangsa oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) membabitkan anak Melayu dan Orang Asli.

Penuntut yang berjaya mendapat diploma turut diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Sementara itu, Presiden Namakkal Society K Subramaniam berkata, program tahunan meraikan pelajar cemerlang berkenaan mampu menggalakkan pelajar India mencapai kejayaan dalam pendidikan.

"Ini merupakan kali kelima program ini diadakan, kami mahu mendorong pelajar India memberikan tumpuan kepada pelajaran sekali gus meraih kejayaan," katanya.

Setiap pelajar cemerlang UPSR menerima RM150, PMR (RM300) manakala SPM, STPM dan A Level masing-masing menerima RM500 seorang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan