Aspek Undang-Undang, Kawalan & Salah Guna Media Sosial Dikaji - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semua aspek undang-undang, kawalan dan pendidikan berhubung penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia juga termasuk penggunaan teknologi terkini yang mungkin boleh diguna pakai.

"Kita juga akan lihat lebih mendalam sama ada undang-undang sedia ada untuk menangani penyalahgunaan media sosial mencukupi atau tidak," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana pihak tidak bertanggungjawab akan senantiasa mencari jalan untuk menyebarkan perkara tidak baik menerusi media sosial.

Mengenai kejayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mengesan individu yang menghina Sultan Terengganu menerusi laman Facebooknya, Ahmad Shabery berkata SKMM akan terus mempergiatkan usaha secara menyeluruh.

"SKMM juga sentiasa bekerjasama dengan polis dan pihak lain yang berkaitan dalam soal pembuktian," katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Karnival Perhubungan Pelanggan anjuran Pertubuhan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Panggilan Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2013. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan