Trafik Di Lebuh Raya Lancar Sebelah Pagi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar di sebelah pagi.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd (PLUS) ketika dihubungi melaporkan pergerakan trafik di beberapa lebuh raya kendalian syarikat itu dilaporkan lancar setakat 10 pagi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur, begitu juga dengan keadaan trafik di plaza tol Gombak dan Bentong masih lancar dari kedua-dua arah.

Tiada kemalangan dilaporkan di kedua-dua lebuh raya berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang dikeluarkan PLUS bagi Lebuhraya Utara-Selatan sempena sambutan Hari Wesak dan cuti persekolahan.

Bagi tarikh 23 Mei hingga 9 Jun, waktu perjalanan yang dicadangkan ialah dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Johor melalui Skudai, Senai Utama, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak sebelum 12 tengah hari.

Sementara perjalanan dari Lembah Klang ke Perak Utara melalui Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Jasin dan Ayer Keroh antara 12 tengah hari hingga 3 petang.

Dari Lembah Klang ke Perak Tengah melalui Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng serta Melaka melalui Simpang Ampat antara pukul 3 petang hingga 6 petang.

Bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Perak Selatan melalui Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim serta Negeri Sembilan melalui Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

Kenderaan yang berakhir dengan nombor plat ganjil bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang pula dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 petang dan 7 malam manakala kenderaan yang berakhir dengan nombor plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap seperti 10 pagi, 2 petang dan 8 malam.

Bagi perjalanan bebas dari Lembah Klang, para pengguna dinasihatkan bergerak sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam.

Sementara bagi perjalanan untuk kembali ke Lembah Klang dari 23 Mei hingga 9 Jun dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Tengah, Johor dan Melaka (melalui Simpang Ampat), untuk pilihan pertama ialah antara 9 pagi hingga 11 pagi manakala untuk pilihan kedua ialah antara 6 petang hingga 8 malam.

Waktu perjalanan ke Lembah Klang yang dicadangkan dari Perak Utara, Perak Selatan, Melaka (melalui Jasin dan Ayer Keroh) dan Negeri Sembilan untuk pilihan pertama ilah antara 2 petang hingga 5 petang manakala untuk pilihan kedua selepas pukul 10 malam.

Semua perjalanan dari utara dan selatan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang bagi kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan melalui pada setiap jam ganjil manakala kenderaan dengan nombor plat genap bermula pada setiap jam genap.

Bagi perjalanan bebas ke Lembah Klang, para penguna dinasihatkan bergerak sebelum 9 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. --BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan