Ribuan Hadir Himpunan Anjuran Pakatan di Melaka

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ribuan penyokong hadir pada perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan di Dataran Rakyat, Kampung Bukit Katil dekat sini pada Jumaat.

Penyokong tiba seawal pukul 5 petang bagi menghadiri majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh PAS, acara diadakan pada pukul 5.30 petang dengan kebanyakan daripada mereka yang hadir memakai baju berwarna hitam.

Gerai menjual baju kemeja-T, makanan dan bunyi tiupan vuvuzela turut menceriakan suasana petang Sabtu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir pada majlis makan malam dan himpunan berkenaan berkata Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihan raya dengan melakukan penipuan dan meminta rakyat tidak membenarkan kerajaan tersebut terus kekal berkuasa

"Rakyat tidak ada senjata dan mereka boleh suarakan apa yang mereka mahukan melalui satu saluran.

"Walaupun, polis dan pasukan tentera mempunyai senjata yang canggih. Kita tidak akan takut?," katanya

Beliau mengakui negara memerlukan lebih ramai aktivis pelajar, seperti Adam Adli yang dibebaskan dengan jaminan polis, supaya menjadi pemerhati terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Menjelang waktu malam, kereta diletakkan kira-kira 1 kilometer sepanjang Jalan Tun Kudu dan hampir semua kawasan tempat letak kereta di rumah kedai dan tempat lapang berhampiran penuh sesak.

Ribuan peserta yang hadir turut meniup vuvuzela dan membunyikan hon, bagaimanapun pihak penganjur telah memberi peringatan agar peserta tidak membuat bising dan hanya boleh menggunakan alatan berkenaan jika diberi kebenaran.

Himpunan berkenaan merupakan yang kesembilan, dan dilaporkan tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis kerana tidak memenuhi kriteria memberikan notis 10 hari lebih awal.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS berkata pemimpin BN harus fokus kepada usaha melaksanakan janji mereka, berbanding menakut-nakutkan rakyat dengan penangkapan beberapa pemimpin pro-pembangkang serta komen-komen bodoh daripada pemimpin mereka.

"Mereka harus ingat, rakyatlah yang membayar gaji mereka, bukan parti atau pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan polis petang Jumaat berkata dia boleh ditangkap, namun akan wujud lebih ramai 'Tian Chua' yang akan mempertahankan reformasi sistem pilihan raya di Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada pukul 10 malam turut disambut dengan jeritan sokongan daripada penyokong yang hadiri.

Beliau turut memberi ingatan dengan berkata pemimpin BN yang bermulut celupar harus menjaga pertuturan mereka.

"Jangan sesekali memalukan rakyat.

"Rakyat bukan kuli anda. Mereka ada hak," katanya ketika berucap.

Walaupun Kementerian Dalam Negeri telah memberi amaran kepada pihak penganjur dan mereka yang hadir dalam himpunan berkenaan, bagaimanapun Anwar berkata: "Kami tidak kisah kerana rakyat ada hak untuk mempertahankannya. Anda (Kementerian Dalam Negeri) harus menjaga keselamatan semua orang."

Turut menyampaikan ceramah ialah, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil yang baru, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan