PKR Cadang RCI Siasat Pemberian Kad Pengenalan Diperluas

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah di Kongres Nasional Keadilan Ke-9.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah di Kongres Nasional Keadilan Ke-9.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan seperti yang berlaku di Sabah diperluaskan ke seluruh negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata cadangan itu bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Wan Azizah mengutarakan cadangan itu ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Sabtu.

"Pelbagai bukti penyelewengan telah berjaya dikenal pasti dan dikumpulkan oleh jawatankuasa khas yang diketuai Pengarah Strategi parti, Rafizi Ramli," katanya.

Terdahulu, Pakatan Rakyat menggesa kerajaan membentuk satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat salah laku PRU-13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan kabinet Persekutuan yang baru pada 15 Mei lalu.

Penubuhan suruhanjaya itu bagi mencerminkan ketelusan Najib dalam menangani pelbagai aduan dan dakwaan yang dibangkitkan oleh orang ramai pada PRU-13.

Kira-kira 2070 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara menghadiri kongres pada kali ini.

Rata-rata yang hadir memakai baju-T berwarna hitam sebagai membantah proses PRU-13 yang didakwa dicemari dengan penipuan.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir di dalam kongres tersebut termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP, Karpal Singh dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan