Palanivel Mahu Unit Hal Ehwal India Diletakkan Di Bawah MIC, Bukan Hindraf

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf.

Oleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini.

"Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan dengan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama.

"MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama," katanya.

Beliau menegaskan bahawa jawatankuasa khas kabinet bagi orang India di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai MIC telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka dalam pembangunan arus perdana negara.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini, Palanivel juga berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan, bagi membawa isu berhubung usaha memperkukuh keperluan masyarakat India.

Palanivel berkata perbincangan itu juga akan menyentuh agenda ekonomi masyarakat India.

"Ini memerlukan perbincangan serius. Saya akan bertemu Perdana Menteri sama ada Isnin atau Selasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Palanivel juga berkata MIC akan mengadakan perbincangan dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Makkal Sakhti dan semua pihak yang berasaskan kaum India berhubung cara meningkatkan undi kaum itu kepada BN.

Beliau juga mengumumkan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera dan Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan dilantik sebagai pengerusi majlis pendidikan India MIC. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan