Malaysia Seru Pihak Berkonflik Buang Sifat Ekstrem

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru semua pihak yang berkonflik agar membuang sifat ekstrem dan bergerak ke arah mempromosi budaya aman bagi menyelesai perbezaan antara mereka.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata budaya seumpama itu boleh menyatupadukan semua pihak yang boleh dilakukan pemimpin agama, ibu bapa, keluarga, guru, artis, ahli akademik, masyarakat madani, wartawan, pelajar dan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat.

"Malaysia menganjurkan pergerakan kesederhanaan global yang bertujuan mempromosi keamanan dan keharmonian global yang berkekalan.

"Kami menjemput semua yang hadir di sini hari ini untuk menyertai pergerakan ini dengan cara mereka sendiri untuk mempromosi kesederhanaan di peringkat antarabangsa, serantau, nasional dan tempatan," katanya pada sambutan Hari Wesak di Ibu Pejabat PBB di New York, Jumaat.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama pada Sabtu.

Mengenai sambutan Wesak di Malaysia, Hussein berkata Malaysia serta rakyatnya yang kira-kira 19.2 peratus beragama Buddha menyambutnya setiap tahun.

"Hari Wesak di Malaysia diisytihar cuti umum sejak 1962," katanya.

Beliau berkata ini merupakan manifestasi sejarah panjang Malaysia mengenai hubungan erat antara rakyat berlainan kepercayaan dan budaya yang Malaysia turut berbangga dengan kepelbagaiannya kerana ia memberi kekuatan kepada negara secara keseluruhan menerusi semangat 1Malaysia.

"Salah satu elemen utama dalam menyemai perpaduan nasional ialah pendekatan kesederhanaan yang diamalkan kerajaan Malaysia serta rakyat dalam menangani pelbagai isu termasuk meningkat hubungan antara kepercayaan dan budaya.

"Kejayaan kami sebagai sebuah negara hingga hari ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kesederhanaan dari semua agama dan budaya untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dalam mengekal keamanan, keharmonian dan kemakmuran," kata beliau.

Hussein berkata Malaysia mahu mengambil peluang untuk menyeru kepada kesederhanaan di kalangan masyarakat antarabangsa dalam mencapai keamanan dan keharmonian global.-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan