Cadangan Jadikan BN Parti Tunggal Perlu Penelitian Mendalam - MB Johor

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Cadangan supaya Barisan Nasional (BN) dijadikan sebagai parti tunggal perlukan penelitian secara halus dan mendalam, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sama ada cadangan itu dapat direalisasikan atau tidak bergantung sama ada ia dikehendaki oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini dan boleh membawa keberkesanan kepada parti untuk menerajui negara.

"Kita tidak mahu ia dilakukan semata-mata sebab itu 'trendnya' sebegitu kerana yang penting adakah itu kehendak rakyat di negara ini dan sesuatu boleh membawa keberkesanan untuk semua kaum. "Adakah itu yang boleh membawa jawapan untuk memajukan negara sebab kita tahu setiap kaum, pencapaian, permasalahan dan cabarannya berbeza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat boling di Kompleks Pasir Gudang di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn agar BN dijadikan sebuah parti tunggal untuk memenangi kembali sokongan rakyat dan mengelakkan masalah perkauman.

Mohamed Khaled berkata beliau menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa perkara itu memerlukan perbincangan yang teliti dengan mewujudkan satu makmal khas.

"Ia mungkin akan memakan masa untuk kita dapat cari apakah jawapan tepat mengenainya kerana kalau kita lihat kepada pembangkang pun, mereka bukanlah satu parti yang dipimpin oleh semua kaum. "Contohnya DAP, tidak ada pun wakil Melayu yang berjaya apabila bertanding dalam pemilihan parti...manakala PAS pula syarat utama pemimpinnya perlulah Islam dan PKR juga tidak mantap daripada segi ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat cadangan itu perlu diteliti sebaik-baiknya kerana kemungkinan ia dicetuskan dalam keadaan 'tertekan'.

Beliau berkata sewajarnya apa yang lebih penting kepada Gerakan pada masa sekarang adalah menguatkan dan menstruktur kembali organisasi mereka untuk kekal relevan. "Mereka perlu mencari jalan supaya dapat mengembalikan kebolehpercayaan masyarakat pelbagai kaum yang mengganggotai parti Gerakan," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita di Bagan Datoh, Perak.

Beliau berkata selepas prestasi teruk pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Gerakan seharusnya mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 walaupun ia hanya akan berlangsung lima tahun lagi. "Gerakan...hendaklah mengatasi dan menghadapi masalah itu, jangan lari daripada masalah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan