Zahid Minta Bukti Wujud Salah Laku Dalam Daftar Pemilih

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa sesiapa yang mempunyai bukti berhubung salah laku dalam sistem daftar pemilih untuk terus menghubungi pejabatnya bagi menyelesaikan isu tersebut.

Beliau berkata, dia bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi seperti Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) untuk meneliti tuduhan tersebut.

"Saya mengalu-alukan sebarang rungutan dan aduan. Sekira benar dan terdapat bukti, serahkan kepada pejabat saya dan saya akan menetapkan tarikh dan masa (untuk mesyuarat) dengan pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke JPN di sini, Khamis.

Baru-baru ini, CPPS dan Ideas mengeluarkan satu laporan interim mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan mendakwa salah laku yang didakwa ditemui dalam sistem daftar pemilih yang digunakan ketika hari mengundi bukan kesalahan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kedua-dua organisasi itu menegaskan sementara SPR meluluskan sistem daftar pemilih yang digunakan, JPN pula bertindak terlebih dahulu menentukan sama ada seorang itu layak untuk mengundi.

JPN merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan