Tiga Ditahan Berhubung Kenyataan 13 Mei

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tian Chua
Tian Chua

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu pembangkang di bawah Akta Hasutan manakala Kementerian Dalam Negeri merampas kira-kira 3,000 naskhah lidah rasmi parti pembangkang apabila pihak berkuasa bertindak untuk menghentikan dakwaan cubaan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, ahli PAS Tamrin Ghafar dan ketua kumpulan pro-pembangkang ‘Asalkan Bukan Umno’, Haris Ibrahim ditahan di tiga lokasi berbeza pada Khamis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Tiga ditahan pada hari berkenaan selepas aktivis pelajar Adam Adli dibebaskan dengan ikat jamin ekoran dakwaan terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab bagi kenyataan dan tindakan yang dianggap menyinggung perasaan di peringkat undang-undang.

"Apabila mereka membuka mulut mereka, mereka harus bertanggungjawab untuk apa-apa yang mereka katakan," kata beliau.

Berikutan penahanan mereka, ketiga-tiganya dibawa ke balai polis Jinjang bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berikutan kenyataan mereka yang didakwa dibuat semasa forum pada 13 Mei yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Dilaporkan bahawa semasa forum itu, beberapa kumpulan pro-Pakatan termasuk ketiga-tiga mereka menyeru untuk mengadakan perhimpunan jalanan secara besar-besaran bagi menjatuhkan Kerajaan.

"Kita boleh menahan seseorang untuk maksimum 24 jam bagi tujuan soal siasat. Jika kita memerlukan lebih banyak masa untuk disoal siasat dan penyiasatan kami, kami akan menahan mereka," kata Mohmad pada sidang media, Khamis.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga mereka mungkin bermalam di balai polis Jinjang sebelum direman pada Jumaat.

Dalam tindakan yang serentak, Kementerian Dalam Negeri merampas 1,408 naskhah lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, 1,602 naskhah Harakah (PAS) dan 70 naskhah The Rocket (DAP) di seluruh negara kerana melanggar permit penerbitan mereka.

Kementerian itu berkata, rampasan itu dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana melanggar syarat-syarat penerbitan.

Salah satu syarat ialah peredaran penerbitan adalah terhad kepada ahli-ahli parti, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata: "Operasi ini dijalankan di premis menjual tabloid seluruh negara selepas mengambil kira usaha-usaha pemantauan dan amaran yang diberikan oleh kementerian.

"Ia akan dilakukan secara berterusan bagi tujuan menguatkuasakan Akta dan untuk memastikan bahawa semua pihak tidak melanggar Akta tersebut."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan