SPRM Mula Siasat Kaitan Rasuah Dalam Kes Rogol Bawah Umur Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah melibatkan seorang pengurus restoran yang merupakan suspek kes rogol bawah umur di Kota Kinabalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan di sini malam Khamis mengesahkan siasatan berkaitan dakwaan rasuah itu dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain yang menyiasat kesalahan jenayah termasuk rogol.

Riduan Masmud, 40, didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Februari lepas, bagaimanapun, dia kemudian mengahwini gadis itu ketika perbicaraan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad kemudian memberi tempoh sehingga 6 Jun ini kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin meneruskan kes itu atau sebaliknya.

Pada 7 Mei lepas, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazmeen Zulkifli memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai bantahan untuk kes itu ditarik balik selepas mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat pada 18 April.

Pada Rabu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan bahawa kes itu masih berjalan dan Jabatan Peguam Negara tidak pernah menggugurkannya.

Abdul Gani juga dilaporkan mengesyorkan SPRM 'campur tangan' berkaitan isu wang RM5,000 dibayar kepada bapa mangsa oleh tertuduh yang disebut sebagai 'Sogit', iaitu satu bentuk pampasan mengikut undang-undang anak watan atau adat Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan