PM Dan Palanivel Akan Bincang Kematian Dalam Tahanan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri G. Palanivel. Foto BERNAMA
Datuk Seri G. Palanivel. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan polis baru-baru ini dan memperkukuhkan komuniti India merupakan antara isu yang akan diperbincangkan oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu depan.

“Kami akan melihat perkara ini. Saya akan bertemu beliau sama ada Isnin atau Selasa,” katanya pada sidang media pada Jumaat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu.

Palanivel berkata, beliau turut akan membincangkan mengenai agenda ekonomi kaum India serta pelbagai tuduhan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy terhadap parti itu.

“Kami mahu mengembalikan semula undi kaum India serta mengadakan perbincangan dengan PPP dan IPF untuk memperkukuhkan parti,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kematian dalam tahanan polis, beliau berkata, parti itu telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut dan akan menyerahkan pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan terlebih dahulu.

“Saya juga akan membangkitkan perkara itu di Kabinet pada minggu depan,” katanya.

Mengenai pemilihan parti, Palanivel berkata, pemilihan di peringkat cawangan akan diadakan pada Disember atau Januari diikuti oleh peringkat divisyen.

“Kami juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk pemilihan presiden pada November atau Disember.

“Pemilihan untuk jawatan presiden akan bermula akan bermula pada awal tahun depan diikuti oleh pemilihan untuk timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankluasa kerja pusat,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan