Pasangan Malaysia Sertai Senarai Kelab Jutawan di Australia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.

David Teoh, 57, dan isterinya Vicky, 56, sudah mencapai salah satu peningkatan terbesar tahun ini dalam Senarai Mewah BRW Rich 200, melonjakkan kekayaan mereka daripada A$526 juta tahun lepas kepada A$1.06 bilion.

Pasangan Teoh, yang berhijrah dari Malaysia pada 1986, memiliki hampir 37 peratus daripada penyedia jalur lebar TPG Telecom, yang sudah berkembang menjadi satu perniagaan bernilai A$3 billion selepas pertumbuhan harga saham yang konsisten semenjak 12 bulan lepas.

"Di sebalik kejayaannya, Teoh bencikan publisiti dan enggan gambarnya diambil oleh media," kata majalah bisnes BRW.

Pada Mac tahun ini, TPG melaporkan untung bersih selepas cukai sebanyak A$78.3 juta untuk setengah pertama tahun kewangan 2012-13, naik 41 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum itu.

Vicky Teoh baru-baru ini dinamakan wanita yang mempunyai kemewahan sendiri terkaya di Australia dalam senarai Wanita Kaya BRW pertama berikutan saham 18 peratus miliknya dalam TPG.

Seperti suaminya, beliau tidak mahu dikenali dan amat jarang dapat di wawancara.

Turut serta dalam senarai itu adalah jutawan Sam Chong, daripada Tanah Rata, Cameron Highlands, yang melihat kekayaan perlombongannya menyusut daripada A$1 bilion kepada A$800 juta, sserta pemaju harta Maha Sinnathamby, dari Negri Sembilan, yang menaikkan kekayaannya kepada A$845 juta berbanding A$820 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan