KPWKM Syor Suspek Kes Rogol Bawah Umur Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Rohani Abdul Karim
Datuk Rohani Abdul Karim

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesyorkan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Syariah mempertimbangkan supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap suspek lelaki kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan bagi kesalahan persetubuhan haram mengikut Seksyen 80 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.

"Sesungguhnya, undang-undang negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan, dikategorikan kes rogol bawah umur. "Perkara ini termaktub di bawah perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A 1273] yang dikuatkuasakan pada 7 Sept 2007 melalui P.U.(B) 321/2007," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Rohani berkata, kerajaan bertanggungjwab melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi. "KPWKM memandang serius akan laporan akhbar tempatan berhubung kes di Kota Kinabalu, Sabah ini mengenai perkahwinan bawah umur seorang kanak-kanak perempuan dengan lelaki berumur 40 tahun yang dikatakan telah merogolnya," katanya.

Riduan Masmud, 40, seorang pengurus restoran didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas, bagaimanapun, dia kemudian mengahwini gadis itu ketika perbicaraan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad kemudian memberi tempoh sehingga 6 Jun ini kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin meneruskan kes itu atau sebaliknya. Kelmarin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan bahawa kes itu masih berjalan dan Jabatan Peguam Negara tidak pernah menggugurkannya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan