Dewan Rakyat Bersidang Mulai 24 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 5 Mei lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan mesyuarat itu pada 25 Jun di bangunan Parlimen pada 10 pagi.

Dalam kenyataan di sini Khamis, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima Proklamasi Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, proklamasi itu memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, Tuanku Abdul Halim telah berkenan menetapkan tarikh 24 Jun 2013 sebagai mesyuarat pertama penggal pertama parlimen Malaysia yang ke-13 di bangunan Parlimen selepas pembubaran Parlimen pada 3 April lepas.

"Dengan pengisytiharan ini, selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah memutuskan Takwim Parlimen bagi mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-13 ialah Dewan Rakyat selama 16 hari (mulai 24 Jun hingga 18 Julai 2013) dan Dewan Negara selama sembilan hari (mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos 2013)," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan Notis Panggilan Mesyuarat kepada semua anggota Dewan Rakyat.

Beliau berkata berdasarkan Peraturan 1 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan rakyat, Majlis Mesyuarat selepas pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama pada hari pertama majlis mesyuarat itu.

Katanya, urusan utama itu termasuk memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Yang di-Pertua mengangkat sumpah; anggota mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan