Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kematian Tahanan Dalam Lokap

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kematian seorang tahanan berusia 32 tahun di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK KL) pada Selasa lepas setelah didapati mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan tiada mana-mana pihak akan terlepas dalam siasatan itu, termasuk pegawai dan anggotanya yang terlibat.

"Kami akan membuat siasatan dengan telus, dan saya minta orang ramai dan keluarga mangsa jangan membuat sebarang spekulasi sehingga kami selesai membuat siasatan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Siasatan kes itu dijalankan pegawai penyiasat jenayah Bukit Aman, katanya.

Semalam, Mohmad Salleh memaklumkan kematian tahanan itu mempunyai unsur jenayah hasil bedah siasat yang dijalankan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa merupakan seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas.

Mangsa sebelum itu mengadu sakit dada pada kira-kira 9 malam sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan