Najib Seru Rakyat Bergerak Sekumpulan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Wesak pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat tanpa mengira kaum atau etnik agar bergerak sekumpulan.

Beliau berkata Malaysia sedang membangun secara pasti menuju Wawasan 2020, dan menegaskan ini boleh dicapai hanya jika rakyat dapat bersatu pada waktu aman dan sukar.

"Akan timbul banyak halangan untuk kita atasi dalam beberapa tahun akan datang, tetapi saya yakin kita sebagai sebuah negara boleh melakukannya," kata beliau dalam perutusan Hari Wesak yang dimuat naik dalam blognya www.1malaysia.com pada Khamis.

Perdana Menteri melahirkan harapan agar rakyat mengetepikan perbezaan pandangan di semua peringkat masyarakat.

"Apa yang ingin saya doakan untuk negara kita, ialah setiap orang mengetepikan perbezaan mereka demi kebaikan yang lebih besar. Jiran melayani satu sama lain dengan ehsan, suami isteri dengan kasih sayang dan anak-anak dengan rasa kasih.

"Anak-anak tahu menghormati dan ibu bapa mendidik. Dan tentunya untuk rakyat mencapai kemakmuran di bawah kerajaan ini, dan ahli-ahli politik memberi khidmat sebaik dan sedaya mungkin.

"Diucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia penganut Buddha," kata Najib.

Mengenai perayaan itu pada Jumaat, beliau percaya wujud kegembiraan, keamanan dan kemaafan yang melimpah ketika rakyat memohon rahmat untuk diri mereka dan untuk orang yang mereka sayangi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan