Dr Ling: Hanya AGM Boleh Arahkan Dr Chua Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tanpa gesaan daripada veteran MCA supaya Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan serta-merta, bekas presidennya, Tun Dr Ling Liong Sik berkata, hanya mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu boleh mengarahkan Dr Chua untuk mengundurkan diri.

“Beliau telah dipilih oleh AGM dan hanya AGM yang boleh memberitahu beliau untuk berundur,” kata Dr Ling kepada pemberita pada Rabu.

Ditanya pandangan beliau mengenai 15 veteran MCA yang mendesak supaya Dr Chua meletakkan jawatan serta-merta berikutan prestasi parti yang merosot dalam pilihan raya umum ke-13, Dr Ling berkata, “Saya tidak tahu siapa 15 verteran itu.”

“Tetapi ia sudah pun berlalu. Mari kita bergerak ke hadapan. Beliau (Dr Chua) sudah berjanji akan mengadakan pemilihan parti yang bersih dan adil.

“Mari kita sempurnakan pemilihan ini dan memberi peluang kepada kepimpinan muda untuk mengambil alih,” katanya.

Kumpulan veteran itu, diwakili oleh bekas presiden, Tan Koon Swan telah mengadakan sidang media baru-baru ini bagi mendesak supaya Dr Chua tidak menunggu sehingga AGM bagi mengumumkan persaraannya.

Dr Chua berkata, beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

Mengenai MCA yang tidak mengambil sebarang jawatan kerajaan, Dr Ling berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan bergantung kepada mesyuarat itu untuk mengkajinya semula.

Beliau bagaimanapun berharap supaya parti itu mengekalkan jawatan mereka di pusat-pusat perkhidmatan, ketua-ketua kampung dan majlis-majlis daerah.

"Terdapat beratus-ratus dan beribu-ribu daripada mereka yang berkhidmat di peringkat komuniti dan mereka perlu meneruskannya.

"Jika anda tidak melaksanakan tugas perkhidmatan, anda akan menafikan harapan golongan miskin terhadap perkhidmatan yang diperlukan mereka," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan