Apa Nombor Plat Selepas WYY? - Berita Semasa | mStar

Apa Nombor Plat Selepas WYY?

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri "WYY" tidak lama lagi.

Sehingga pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran kenderaan "WYY 9999" dijangka datang dalam masa kira-kira dua bulan lagi.

"Jabatan ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.

"Pengumuman nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu pejabat JPJ lewat minggu ini," katanya, Rabu.

Ditanya sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit, seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga sedang dipertimbangkan.

Di bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan berakhir dengan "WYY 9999".

Kira-kira 1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239, diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.

Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.

Secara purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.

Sementara itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.

Beliau juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana turutannya cepat berubah-ubah.

Beliau mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan