Shahiruddin Letak Jawatan Pengerusi GiatMara - Berita Semasa | mStar

Shahiruddin Letak Jawatan Pengerusi GiatMara

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Pengerusi GiatMara Datuk Shahiruddin Ab Moin melepaskan jawatannya berkuatkuasa pada Selasa bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai anggota exco kerajaan negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri itu berkata: "Tugas sebagai anggota exco amat berat tambahan pula bertanggungjawab kepada tiga bidang utama, koperasi, usahawan dan kepenggunaan," katanya di sini.

Shahiruddin yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dong pada pilihan raya umum ke-13, dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau pernah menganggotai exco negeri pada 2004, namun digugurkan pada 2008. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan