Semakan Kemasukan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Mulai Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi pengambilan 2013 boleh disemak mulai Jumaat ini.

Menurut Jabatan Pengajian Tinggi, semakan itu boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, Laman Web Rasmi Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA iaitu http://upu.mohe.gov.my dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU POLIILKA (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA adalah pada 16 Jun hingga 8 Julai kecuali pendaftaran pelajar baru Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ialah pada 28 Ogos, kata jabatan itu dalam kenyataan pada Rabu.

Oleh itu, calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran, mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan tawaran melalui laman web rasmi itu mulai 27 Mei.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 27 Mei dan dibuka untuk tempoh 14 hari bekerja dan hendak dibuat terus ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui laman web yang sama.

Jabatan itu juga menekankan bahawa dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Politeknik Konvensional/ METRo, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baru. Calon boleh mengemukakan sebarang kemusykilan melalui kemudahan 'hotline' dan 'helpline' yang disediakan untuk membantu mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan