Sarawak Lancar Pelan Tindakan Bagi Masyarakat Terjejas Akibat Projek Empangan Murum

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Sarawak pada Rabu mengumumkan cadangan Pelan Tindakan Penempatan Semula bagi masyarakat yang terjejas secara langsung daripada projek empangan elektrik hidro Murum.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi memastikan ketelusan yang lebih tinggi, satu salinan cetak cadangan Pelan Tindakan Penempatan Semula telah dibuat untuk dilihat oleh orang ramai.

Salinan cetak itu boleh dilihat di Pejabat Penempatan Semula Sungai Asap, Pejabat Daerah Belaga, Pejabat Residen Kapit, Pejabat Residen Bintulu, Unit Perancangan Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Menara Sarawak Energy dan Perpustakaan Sarawak.

Kerajaan negeri berkata rancangan itu meliputi cadangan penempatan semula dan pakej pampasan yang ditawarkan kepada masyarakat yang terjejas secara langsung di Murum, yang terdiri daripada 353 isi rumah dan 1,425 orang yang kebanyakannya kaum Penan dengan beberapa kaum Kenyah Badeng.

"Rancangan ini telah mengambil masa lebih empat tahun sejak Mac 2009 di mana masyarakat yang terbabit secara langsung diberi perundingan pada setiap tahap pembangunan program penempatan semula, untuk mereka bentuk pelan pemulihan mata pencarian yang sesuai dan boleh diterima mereka," kata kerajaan negeri.

Ia akan terus berbincang dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan masyarakat yang terbabit bagi memastikan perjanjian perkara-perkara utama dan penyusunan sesuai untuk penempatan semula.

"Meskipun perjanjian penempatan semula itu pada dasarnya berkait dengan pampasan dan pemulihan mata pencarian, kerajaan negeri mengambil peluang penempatan semula ini untuk membasmi kemiskinan dan memperkenalkan pembangunan," kata kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan