Polis:Wujud Unsur Jenayah Dalam Kematian Tahanan Di Lokap IPK KL

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian tahanan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam Rabu.

Beliau berkata polis Kuala Lumpur merujuk kes itu ke Bukit Aman dan menerima arahan agar ia diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk tujuan penyiasatan.

Pegawai penyiasat jenayah Bukit Aman akan dilantik untuk menjalankan siasatan lanjut kes itu, katanya.

Mangsa mengadu sakit dada pada kira-kira 9 malam sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Mangsa merupakan seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan