Polis Minta Perhimpunan Pembangkang Di Melaka Tukar Tarikh - Berita Semasa | mStar

Polis Minta Perhimpunan Pembangkang Di Melaka Tukar Tarikh

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis meminta penganjur perhimpunan pembangkang di Dataran Rakyat, Kampung Bukit Katil yang dijadual Jumaat ini supaya ditukar ke tarikh lain.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, ini ekoran notis awal yang dikemukakan penganjur untuk mengadalan perhimpunan kurang daripada 10 hari dan tidak mematuhi Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis menerima notis pemberitahuan pada 17 Mei yang memaklumkan perhimpunan hendak diadakan pada Jumaat. Tempoh ini tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, pihak penganjur juga gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan tanah bagi mengadakan perhimpunan.

Oleh itu orang ramai dinasihat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 9, 10 dan 11 Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

Sementara itu Salehhudin berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan di hadapan bangunan Studhuys di Jalan Gereja malam Selasa yang menuntut aktivis pelajar Adam Adli dibebaskan.

Beliau berkata, pihak penganjur perhimpunan gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut dan kita akan mengambil keterangan penganjur sebelum kertas siasatan lengkap diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan