Penggabungan Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi Perlu Dikekalkan Lebih Lama

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengabungan dua kementerian - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu dikekalkan untuk tempoh lebih lama bagi memastikan kesinambungan sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti dan dinamik.

Menerusi pengabungan dua entiti itu juga, dasar pendidikan negara dipercayai mampu menandingi standard pendidikan antarabangsa dalam tempoh berbaki tujuh tahun ke arah mencapai Wawasan 2020, menjadikan Malaysia negara maju.

Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya, Dr Ghazali Darusalam berkata penggabungan itu perlu dikekalkan 10 hingga 15 tahun akan datang bagi melihat kesan lebih jelas dari segi pencapaian dan penambahbaikan sistem pendidikan yang perlu dilaksanakan.

"Idea penggabungan ini adalah sangat futuristik dalam memperjuang kelangsungan pendidikan negara, dan ia seharusnya dikekalkan di bawah satu bumbung memandangkan ia akan memudahkan pentadbiran melibatkan bidang pendidikan negara ini," katanya.

Katanya, kementerian yang digabungkan di bawah satu nama itu, perlu ditadbir urus dengan sistematik dan menyeluruh bagi memastikan pentadbirannya lebih tersusun sekali gus berada pada landasan yang betul.

Ghazali berkata melalui penggabungan itu, kerajaan mampu menjimatkan kos operasi dan memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia dengan lebih efektif.

Katanya dalam usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara, kementerian perlu mengalakkan guru supaya meningkatkan taraf pendidikan mereka dari Ijazah Sarjana kepada Sarjana kerana syarat kelayakan itu adalah standard yang digunakan negara-negara maju.

Beliau berkata transformasi pendidikan yang mengandungi nilai pengantarabangsaan dengan mengambil contoh model sistem pendidikan negara maju perlu diaplikasi oleh kementerian dalam meningkatkan struktur kurikulum pendidikan dan pengajian tinggi.

"Setiap sekolah harus menjadikan jurusan sains dan teknikal sebagai fokus utama, selain memperkasa bidang vokasional kerana ia adalah asas pendidikan bagi sesebuah negara maju," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia Dr Ismi Arif Ismail berkata penggabungan tersebut akan memperkukuh pelaksanaan dua pelan pendidikan utama yang direncanakan kedua-dua kementerian sebelum ini iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara.

"Apabila pelan pendidikan ini dimurnikan, setiap unit akan berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi memastikan pelaksanaannya itu berjalan lancar dan sempurna," katanya.

Beliau berkata audit pengurusan sumber manusia perlu diwujudkan bagi memastikan tiada pertindihan tugas dan pegawai serta kakitangan kementerian dapat memainkan peranan masing-masing secara optimum.

"Maksudnya kerjasama mobiliti kakitangan akan berlaku dengan lebih agresif dan efektif sebab bila dah ada satu kementerian sahaja, contohnya, pensyarah di institut pengajian tinggi boleh berkongsi idea dengan guru sekolah," katanya.

Ismi Arif berkata kementerian juga perlu memberi penerangan dari semasa ke semasa berkenaan rasionalnya pengabungan ini kerana masyarakat Malaysia pastinya ingin melihat kemajuan dalam bidang pendidikan negara.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penyeragaman struktur kedua-dua kementerian yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan negara, dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan