Nasib Adun Pulai Sebatang Diserahkan Kepada Lembaga Disiplin MCA

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor baru-baru ini akan ditentukan oleh lembaga disiplin MCA.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kedudukan Tee dalam parti masih dirujuk ke lembaga disiplin.

Dr Chua berkata buat masa ini, Tee telah memohon cuti rehat daripada menyertai sebarang mesyuarat dan aktiviti parti sementara menunggu keputusan daripada lembaga disiplin berhubung nasibnya.

"Beliau akan bercuti sehingga lembaga disiplin membuat keputusan mengenai isu lantikannya.

"Sehubungan itu, beliau tidak akan menghadiri apa-apa mesyuarat atau aktiviti parti sama ada di peringkat pusat atau bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Wisma MCA di sini, Selasa.

MCA sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan berikutan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang teruk berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008.

Keputusan itu adalah satu resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung MCA pada 2011 dan 2012.

Namun, pelantikan Tee sebagai salah seorang daripada tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor bagaimanapun telah menimbulkan kontroversi dalam parti.

Tee menyertai Exco atas titah dan perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan wakil Cina.

Ketika ditanya mengenai jawatan Menteri Pengangkutan yang ditawarkan khas untuk MCA, Dr Chua berkata mereka tetap dengan pendirian parti untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri selepas mencatat keputusan buruk pada PRU-13.

"Kita tetap pegang teguh pada resolusi yang ditetapkan namun ia terserah kepada keputusan Perdana Menteri mengenai jawatan itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan