Mubarak Sokong Kenyataan Patuhi Perlembagaan Negara

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang supaya semua pihak termasuk pembangkang mematuhi tuntutan Perlembagaan yang menjadi teras dan payung kesejahteraan negara sejak merdeka.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata semua pihak tidak perlu mempersoalkan atau melanggar Perlembagaan negara yang sudah sedia termaktub.

"Ini kerana kesejahteraan dan ketenteraman negara dahulu, kini dan selamanya berpaksikan konsep demokrasi Raja Berperlembagaan.

"Semua lapisan rakyat menganggap Raja-raja Melayu sebagai payung negara dan tumpuan taat setia yang tidak berbelah bagi hendaklah diikrarkan sesungguhnya," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Abu Zahar semalam yang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Mubarak turut menyambut baik hasrat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak lagi mahu memberi amaran sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan