Menteri Mahu Perkahwinan Gadis 13 Tahun Dengan Lelaki 40 Tahun Dibatalkan

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengambil langkah bagi memastikan kanak-kanak 13 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan mereka dan dalam masa yang sama cuba membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dituduh mempunyai hubungan seks dengannya.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang merayu kepada pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud, 40.

Jainab berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tindakan segera bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kanak-kanak perempuan itu diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan jabatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

"Gadis itu masih muda dan tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Dia memerlukan kaunseling dan kita perlu untuk mendengar bagi pihaknya. Dia berusia 12 tahun, enam bulan ketika itu," katanya.

Jainab juga menyatakan keraguan mengenai kesahihan perkahwinan antara Riduan dan gadis itu selepas memeriksa dengan pegawai-pegawai di mahkamah Syariah.

"Pendaftar memberitahu saya terdapat dua permohonan iaitu satu daripada orang yang mendapatkan kebenaran untuk berkhwin dua, dan satu lagi daripada bapa gadis itu yang meminta izin untuk anak perempuannya berkahwin.

"Mereka memberitahu saya permohonan bapa dibenarkan tetapi tidak ada kebenaran diberikan bagi lelaki itu untuk mengahwini isteri kedua," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada pandangan peribadi, beliau menyatakan kesedihan apabila bapa gadis membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan Riduan, yang mempunyai empat orang anak berusia dua hingga 17 tahun.

"Adakah ia untuk menyembunyikan rasa malu? Adakah ia (perkahwinan) akan menyelesaikan perkara itu? Ini amat membimbangkan," katanya.

Mahkamah Sesyen pada Isnin diberi sehingga 6 Jun untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tuduhan rogol terhadap Riduan selepas gadis itu menarik balik laporan rogol terhadapnya pada 18 April.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan