Malaysia Kemuka Dokumen Mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh Ke PBB

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengemukakan dokumen mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh kepada Kumpulan Kerja Bebas (OEWG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha meneruskan rundingan perlucutan senjata nuklear multilateral untuk dipertimbangkan.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva Datuk Mazlan Muhammad berkata Malaysia dan Costa Rica telah secara bersama meminta Setiausaha Agung PBB mengedarkannya sebagai dokumen rasmi semasa Sesi ke-52 Perhimpunan Agung PBB.

Beliau berkata dokumen itu mengandungi elemen perundangan, teknikal dan politik bagi pembangunan dan pengekalan dunia bebas nuklear.

"Saya cadangkan cara paling praktikal meneruskan rundingan Perlucutan Nuklear Multilateral ialah dengan mempertimbang pewujudan konvensyen senjata nuklear.

"Sebarang jenis rundingan lain akan hanya mengikuti laluan berliku dan kadang kala menemui kebuntuan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mazlan menyebut bahawa contoh atau model berkenaan mempunyai persamaan tertentu dengan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) termasuk susunan pembentukan pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pihak-pihak berkuasa Nasional.

Menurut Mazlan, kita sudah sekian lama menunggu untuk sebuah dunia yang bebas senjata nuklear sejak 1945 dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh 43 tahun ini terlalu kecil, selepas kewujudan Triti Menyekat Perluasan Senjata, "Non-Proliferation Treaty" (NPT). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan