Majlis Angkat Sumpah Adun Terengganu 16 Jun

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis mengangkat sumpah anggota dewan undangan negeri (Adun) Terengganu dan pelantikan Speaker DUN akan diadakan pada 16 Jun, di Wisma Darul Iman di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perasmian penggal baru sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun.

"Sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman pada Rabu.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah, di sini pada 11 Mei lepas, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ahmad, turut mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu ialah 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menerima watikah pelantikan.

Pada PRU-13, BN Terengganu memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN selain empat daripada lapan kerusi Parlimen. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan