Kunjungan Obama Buktikan Malaysia Negara Penting Secara Strategik Di Asia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (US) Barack Obama ke Malaysia pada Oktober membuktikan Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepentingan strategik di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Datuk Noharuddin Nordin berkata hubungan antara Malaysia dan US sentiasa strategik memandangkan US merupakan penyumbang utama kepada pelaburan di Malaysia.

"Saya menganggap lawatan Presiden Obama itu sangat penting memandangkan kita mengetahui bahawa US tidak akan berbuat sesuatu jika ia tidak mempunyai kepentingan strategi.

"Oleh itu, lawatan itu boleh dianggap sebagai isyarat beliau memperakui bahawa Malaysia merupakan negara yang penting dari segi strategi di Asia Tenggara atau dalam Asia," katanya.

Presiden US itu akan menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat (GES) 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini yang merupakan lawatan pertamanya ke Malaysia.

GES ialah komitmen berterusan Obama bagi menekankan pentingnya keusahawanan di negara majoriti Islam di seluruh dunia.

Bertema "Memperkasakan dan Menghubungkan Usahawan", sidang kemuncak dua hari itu akan menghimpunkan usahawan dari seluruh dunia, tokoh pemikir, penyelidik dan usahawan sedang meningkat naik.

Noharuddin menjangkakan lebih banyak syarikat US datang ke Malaysia, menerusi bantuan Dewan Perniagaan Amerika Malaysia dan Industri Elektronik Malaysia Amerika bagi melabur dalam industri bernilai tambah tinggi termasuk perkilangan.

"Banyak daripada syarikat terbabit sudah membuka pusat sumber global, rangkaian bekalan global, perkhidmatan berkongsi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan masing-masing di Malaysia," katanya.

Noharuddin menjangkakan trend itu akan berterusan dan dipertingkat terutama berdasarkan isyarat yang diberikan oleh Obama.

Jumlah pelaburan Malaysia yang diluluskan dalam tempoh suku pertama 2013 meningkat 44 peratus tahun ke tahun kepada RM49.3 bilion. Projek perkilangan yang diluluskan oleh US menyumbang pelaburan bernilai RM2.52 bilion.

Noharuddin juga berkata Mida sentiasa menasihatkan syarikat Malaysia supaya melihat peluang di luar negara bagi mengembangkan perniagaan mereka.

"Kelebihan yang dimiliki oleh syarikat Malaysia ialah mereka sudah pun terdedah kepada perniagaan antarabangsa berikutan banyaknya syarikat multinasional (MNC) beroperasi di Malaysia.

"Mereka boleh membandingkan operasi mereka dengan MNC bagi meneroka peluang dalam pasaran global," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan