IPTA Akan Ditambahbaik Agar Berada di Rangking 50 Terbaik Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik dan meningkatkan prestasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara dalam usaha menempatkan nama Malaysia dalam kelompok 50 universiti terbaik di dunia.

Timbalan Menteri Pelajaran II P.Kamalanathan berkata kerajaan melalui penggabungan dua kementerian (Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi) akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melonjakkan nama IPTA dan kebolehdapatan graduan.

"Kita perlu mengambil perhatian serius untuk memperkukuhkan status dan mutu pencapaian universiti-universiti tempatan bagi memastikan ia termasuk dalam golongan 50 universiti yang terhebat di peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini kita belum ada di sana...yang terdekat ialah Universiti Malaya di ranking 146...justeru kita akan pastikan universiti-universiti ini dibantu untuk mencapai tahap itu," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, di sini Selasa.

Beliau berkata hala tuju kementerian itu juga akan terarah kepada langkah menganjakkan lagi pencapaian dan mutu pendidikan pelajar di sekolah rendah dan menengah. "Kementerian juga akan memastikan pelan pembangunan pendidikan yang telah dilancar tahun lepas dilaksanakan secepat mungkin mengikut dasar dan masa yang ditetapkan. "Tahap pembelajaran dan prestasi sekolah menengah, rendah serta prasekolah, semua ini akan menjadi kayu ukur pencapaian kita dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata kementerian juga akan memastikan infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah di seluruh negara ditambah baik. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan