Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Gembira Kehidupan Berumah Tangga - Berita Semasa | mStar

Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Gembira Kehidupan Berumah Tangga

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Fazira Saad, 14, menghidangkan air kepada suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah. Pasangan bahagia ini berkahwin tahun lepas. -foto MUSTAFA AHMAD /The Star
Nur Fazira Saad, 14, menghidangkan air kepada suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah. Pasangan bahagia ini berkahwin tahun lepas. -foto MUSTAFA AHMAD /The Star

KULIM: Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.

Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.

Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya," katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.

Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.

Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.

"Dia menjaga saya dengan baik dan memberitahu saya bagaimana dia gembira sepanjang masa.

"Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kami menyokong keputusan kami untuk berkahwin," kata Mohd Fahmi ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Selasa.

Menyifatkan Nur Fazira sebagai seorang isteri yang baik, beliau berkata kehidupannya menjadi lebih mudah dan lebih Seronok untuk selepas berkahwin.

Perkahwinan pasangan itu tahun lepas menimbulkan kekecohan walaupun keluarga mereka telah bersetuju.

Bapa Nur Fazira, Saad Mustafa dilaporkan meminta Mohd Fahmi untuk mengahwini anaknya selepas mendapat tahu bahawa anaknya telah menghabiskan masa sehari suntuk dengan Mohd Fahmi.

Nur Fazira kemudian menjelaskan bahawa dia dihantar ke rumah seorang saudara untuk bermalam oleh Mohd Fahmi.

Nur Fazira berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011.

Akad nikah pasangan ini dijalankan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November tahun lalu selepas Mahkamah Syariah di Kulim mengizinkan perkahwinan pada 7 November.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan