Dr Chua Nafi MCA Jual Aset

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Selasa menafikan khabar angin bahawa parti itu didakwa sedang berusaha menjual aset dimiliki mereka.

"Khabar angin itu merupakan pembohongan yang tidak berasas kerana semua aset didaftar dibawah ibu pejabat parti.

"Sebarang penjualan atau pembelian akan melibatkan keputusan ahli jawatankuasa pusat parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat ahli jawatankuasa pusat MCA yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Selasa.

Malah, menurut beliau, sebarang penjualan aset memerlukan persetujuan atau sokongan daripada dua pertiga ahli jawatankuasa pusat MCA.

"Kita akan memastikan segala aset dimiliki MCA tetap dipelihara dan tidak akan dijual sewenang-wenangnya," kata Dr Chua.

Difahamkan MCA memiliki aset bernilai hampir RM2 bilion di mana The Star merupakan aset terbesar.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Chua berterima kasih di atas saranan 15 pemimpin veteran MCA yang mendesak beliau supaya segera meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan parti pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun beliau terkilan kerana desakan tersebut dibuat secara terbuka.

"Saya dipilih oleh perwakilan MCA. Jika mereka tak puas hati, mereka harus berjumpa dengan saya bukan membuat kenyataan secara terbuka mendesak saya supaya meletak jawatan.

"Jika anda prihatin terhadap parti mengapa anda tidak hadir dalam apa jua aktiviti diadakan parti walaupun telah dijemput," soalnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan