Polis Gesa Pengguna Elak Guna Jalan Berhampiran Dataran PJ Petang Khamis

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menasihatkan semua pengguna mengelakkan daripada menggunakan jalan berhampiran Dataran Petaling Jaya pada petang Khamis ini ekoran himpunan besar-besaran yang akan diadakan ditempat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata Majlis Kesyukuran DAP itu akan dihadiri kira-kira 10, 000 orang dan dijangka bermula seawal pukul 7 petang serta kesesakan trafik dijangka bermula sejak pukul 6 petang dan ke atas.

"Kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan mencari laluan alternatif," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Beliau berkata Jalan Barat dan Jalan Sultan menghala ke Jalan Selangor akan menjadi jalan satu hala bagi mengelakkan kesesakan ketika majlis berkenaan berlangsung.

"Jalan Timur menghala ke Lebuhraya Persekutuan juga mungkin akan ditutup, bergantung kepada situasi," katanya.

ACP Arjunaidi turut menggesa peserta himpunan tidak meletakkan kereta di tepi jalan sebaliknya mereka boleh menggunakan kawasan tempat letak kereta di bangunan berhampiran seperti Bangunan Annex MBPJ atau menggunakan pengangkutan awam seperti LRT.

"Meletakkan kenderaan di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan tidak dibenarkan dan kanak-kanak juga tidak dibenarkan menyertai himpunan berkenaan," katanya.

Arjunaidi berkata pihak penganjur telah memberikan notis kepada polis sepuluh hari lebih awal iaitu pada 13 Mei lalu sebelum penganjuran himpunan berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang notis mengenai himpunan yang akan diadakan di tempat yang sama pada Sabtu, 25 Mei ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan