Ongkili Ajak Selangor Cari Persefahaman Selesai Isu Air - Berita Semasa | mStar

Ongkili Ajak Selangor Cari Persefahaman Selesai Isu Air

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang baru menggesa kerajaan Persekutuan dan Selangor untuk mencari persefahaman dalam menyelesaikan masalah air.

Ketika menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lama lagi, Dr Ongkili berkata kementerian itu bercadang untuk menstruktur semula industri air di Selangor supaya satu kesimpulan secara baik akan dapat dicapai.

"Perbezaan politik seharusnya diketepikan (dan) menyalahkan antara satu sama lain akan menjadi yang terakhir dalam senarai.

"Saya berharap untuk duduk dengan (Khalid) secepat mungkin, sebaik sahaja kami meneroka bahagian-bahagian yang kita boleh bekerja bersama-sama, membuat keputusan tentang perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa kita boleh berbincang," kata Dr Ongkili selepas menghadiri taklimat tertutup dengan kakitangan kementerian Selasa.

Beliau menambah, ingin mengurangkan separuh indeks sistem purata tempoh gangguan (SAIDI), atau gangguan elektrik di Sabah dalam tempoh dua tahun akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan