Muhyiddin Jumpa Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan sejurus tiba di Kementerian Pelajaran bagi memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran di Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan perjumpaan khas dengan ketua-ketua bahagian Kementerian Pelajaran di Kompleks E, di sini, Selasa.

Ketibaan belaiu disambut Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pelajaran I dan II, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P.Kamalanathan.

Muhyiddin turut mengetip kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran setelah kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lepas.

Ini merupakan penggal kedua Muhyiddin memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Terdahulu, Idris, Yap dan Kamalanathan juga memulakan tugas dan mengetip kad perakam waktu secara rasmi di Kementerian Pelajaran di Presint 5 pada pukul 9 pagi.

Ketibaan mereka disambut pegawai dan kakitangan kementerian.

Sejurus tiba, Idris turut menunaikan solat hajat di pejabat kementerian tersebut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan