Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan yang dijalankan di negara dan rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara pelbagai pihak termasuk Unesco ke arah pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan mobiliti sosial selaras ke arah menggerakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

"Tujuan kerjasama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada sistem pendidikan yang relevan, seimbang dan mampu dibiayai serta sesuai untuk jangka panjang.

"Kita kini menangani penentu sosial dalam pendidikan bagi memastikan ia holistik selaras dengan falsafah pendidikan negara serta memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Ini akan membawa kepada memupuk masa depan rakyat Malaysia yang bukan hanya boleh bersaing di dalam negara, tetapi juga menunjukkan contoh kepimpinan dan kecekapan di peringkat global," katanya berucap pada majlis makan malam sempena lawatan rasmi Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran dan presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia berkata pelancaran "Malaysia-Unesco Cooperation Programme (MUCP) Fund-in-Trust' baru-baru ini adalah satu lagi bukti bahawa Malaysia akan terus menyokong program dan aktiviti Unesco.

Beliau berkata usaha dan kerjasama itu mesti diteruskan untuk manfaat semua termasuk generasi muda.

"Seperti mana kerjasama lain, mesti ada semangat menyumbang dan berkompromi, serta situasi 'menang-menang' oleh kedua-dua pihak.

"Ini penting untuk mencapai matlamat yang sama bagi memupuk generasi muda dengan cara yang sebaik mungkin, yang akhirnya, adalah generasi masa depan kita," katanya.

Sementara itu, Bokova menyifatkan kerjasama itu sebagai amat bermakna kerana ia memberi tumpuan yang lebih terhadap pembangunan kapasiti, sains dan pendidikan.

Beliau berkata Unesco berbangga bekerjsama dengan kerajaan (Malaysia) dalam program usahama itu.

"Malaysia mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi negara maju. Ini adalah kekuatan Malaysia ke arah wawasan 2020. Wawasan ini melambangkan nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakat Malaysia," katanya.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Bokova ke Malaysia. Lawatan tiga hari bermula hari ini akan dipenuhi beberapa mesyuarat dan pelbagai program. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan