KP Samy Nafi Keluar MIC, Tiada Bantahan Waythamoorthy Dilantik Timbalan Menteri

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KP Samy.
KP Samy.

PETALING JAYA: Desas-desus Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC KP Samy akan meninggalkan parti terjawab apabila beliau menafikan perkara itu.

KP Samy berkata, isu ini timbul ekoran salah faham dan laporan berhubung beliau yang dikatakan tidak berpuas hati dengan status pelantikan sebagai Senator serta pelantikan Pengerusi Hindraf P.Waytamoorthy sebagai timbalan menteri.

"Saya ingin menjelaskan bahawa (isu) peletakan jawatan, persaraan dan pelantikan sebagai Senator telah disalah erti dan disalahtafsir.

"Saya telah memberitahu Presiden supaya mempertimbangkan sesiapa sahaja yang mampu memberi sumbangan dan berupaya memimpin parti serta menjadikan parti ini sebuah parti yang relevan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Menurut KP Samy, beliau akan terus bersama MIC dan sama-sama memperjuangkan nasib komuniti India di negara ini bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah beliau turut menegaskan memberi sokongan terhadap Waythamoorthy yang dilantik Najib sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Pelantikan Waytamoorthy adalah hak Perdana Menteri. Beliau boleh melantik sesiapa sahaja yang beliau suka.

"Tetapi Waytamoorthy harus berkerjasama dengan pimpinan Barisan Nasional dan parti komponen lain," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesepakatan yang dicapai antara Hindraf dan BN tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan MIC, PPP dan Gerakan.

"Beliau tidak boleh nafikan ini," katanya.

Mengenai pelantikan sebagai Senator beliau berkata, perkara itu adalah satu tawaran daripada parti dan bukan atas permintaannya sendiri.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan telah bersetuju untuk terus sama-sama berjuang untuk masyarakat India.

Beliau juga mengakui sudah sampai masanya untuk memberi laluan kepada anggota dan pemimpin muda untuk memimpin parti.

Untuk rekod, Waythamoorthy merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan (NGO) yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri.

Pada 18 April lalu, organisasi itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang digelar Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyarakat India bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan, yang turut disaksikan Najib.

Hindraf diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum selepas menganjurkan protes besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di negara ini.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, kerajaan menarik semula pengharaman tersebut, malah berganding bahu bagi bersama-sama badan bukan kerajaan itu untuk menyelesaikan masalah kaum India.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan