Kerjasama Polis-Tentera Akan Diperkukuhkan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak langkah-langkah akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kerjasama di antara polis dan angkatan tentera di bawah Startegi Lautan Biru Kebangsaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pada masa ini terdapat 17 strategi Lautan Biru Kebangsaan dan kita akan mengenal pasti beberapa langkah baru untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perpisahan di Wisma Pertahanan di sini.

Beliau berkata pertukaran portfolio antara beliau dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memudahkan pelaksanaan langkah-langkah kerjasama baru yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Ahmad Zahid berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan angkatan tentera ketika beliau menjadi menteri pertahanan.

"Selain kejayaan dalam mengukuhkan angkatan tentera melalui pemerolehan pertahanan, kita berjaya mengatasi indeks prestasi utama yang ditetapkan untuk kementerian dengan 109 peratus," tambah beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Hishammuddin akan meneruskan usaha untuk membawa peningkatan kepada angkatan tentera.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan