Himpunan 505 Di Amcorp Mall Sabtu Ini Akan Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin

KUALA LUMPUR: Himpunan yang dirancang akan diadakan di Amcorp Mall Sabtu ini akan berjalan seperti yang dirancang, walaupun amaran supaya pihak penganjur tidak meneruskan acara berkenaan.

"Ya, ia akan berjalan (seperti dirancang)," kata jurucakap Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin katanya ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik sebagai berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak penganjur atau hadirin yang menyertai perhimpunan parti politik pada masa akan datang.

Suara Rakyat 505 merupakan gabungan 48 pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

Antara desakan yang dikemukakan oleh gabungan itu ialah peletakkan jawatan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut pilihan raya baru diadakan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini berkata tidak berminat untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya mereka menuntut hak demokrasi dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

Badrul yang juga ahli PKR, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh namun beliau tewas di kerusi berkenaan pada hari pengundian 5 Mei lalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan