Penerokaan Hutan Di Pos Terisu Ikut Undang-Undang

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang.

Katanya perkara itu dilakukan selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengambil alih tanah berkenaan daripada Orang Asli di kawasan terbabit, untuk dimajukan sebagai tanah pertanian.

"Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri di sini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa berlaku penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan di Pos Terisu, Cameron Highlands.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dilapor berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas dengan kerajaan negeri bagi menyiasat isu penerokaan hutan secara haram di negara ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata tindakan JAKOA menyerahkan tanah berkenaan kepada sebuah syarikat bertujuan memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, selain mengelak penerokaan yang tidak tersusun oleh Orang Asli.

"Syarikat berkenaan juga telah membuat bayaran kepada 55 keluarga Orang Asli (yang tanahnya terlibat dalam penerokaan itu) setiap tahun bermula 2008," katanya.

Menurut Adnan, syarikat berkenaan membayar RM800 pada 2008; meningkat kepada RM1,800 pada 2009; RM 2,400 pada 2010 dan RM4,000 pada 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan