PAS Dapat Empat Kerusi Exco Selangor

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: PAS), beliau sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) menggunakan formula 4:3:3 bagi barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

"Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini Sabtu malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.

Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua Adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: "Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua."

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara hari ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU-13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan