Muka Baharu Dilantik Exco Mampu Beri Perkhidmatan Terbaik - MB Pahang

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata lima muka baharu yang dilantik anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata mereka diberikan portfolio yang mereka mempunyai pengalaman luas.

"Semua ada pengalaman yang luas...contohnya Datuk Burn (Abu Bakar Harun)...beliau dah berapa lama dalam Felda, tahu apa yang dimahukan oleh peneroka, Datuk Shahaniza (Shamsuddin), yang memegang portfolio pembangunan wanita, mempunyai pengalaman luas sebagai Puteri Umno.

"Begitu juga Syed Ibrahim (Syed Ahmad), yang memegang portfolio dakwah, bertahun-tahun berpengalaman sebagai penceramah bebas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di Kompleks Yayasan Pahang di sini Isnin.

Dua lagi muka baharu ialah Datuk Mohd Johari Hussain yang memegang portfolio Belia dan Sukan dan Norol Azali Sulaiman, portfolio Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Mengenai peningkatan wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, Adnan berkata kerajaan negeri yang diwakili oleh Barisan Nasional tidak tergugat dengan keadaan itu.

"Situasi ini pernah berlaku sebelum ini...apa yang penting kita (kerajaan negeri) dapat menjalankan tugas kita dengan baik kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan