Melaka, Indonesia Cadang Wujud Konsep Terbuka Untuk Tenaga Kerja Indonesia - Idris

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka dan Indonesia bercadang mewujudkan konsep terbuka untuk tenaga kerja negara jiran itu iaitu bekerja secara harian dan ulang-alik, terutama dalam bidang industri di kawasan pesisiran pantai di Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata menerusi inisiatif itu, tenaga kerja Indonesia terutama dari Dumai, Bengkalis dan Pulau Rupat dicadang dibenarkan berulang-alik secara harian untuk bekerja di Melaka di bawah pengawasan pihak Imigresen Malaysia.

"Inovasi ini salah satu kaedah membantu tenaga kerja Indonesia untuk memenuhi peluang pekerjaan industri di kawasan pesisiran pantai di Melaka sepertimana rakyat Malaysia bekerja di Singapura secara ulang-alik," katanya.

Inisiatif itu antara yang dibincangkan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno yang mengunjunginya hari ini, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan duta itu di pejabatnya di Seri Negeri di sini.

Beliau berkata tenaga kerja Indonesia itu kelak akan menggunakan laluan laut seperti bot dan kapal dan tidak akan dibenarkan keluar dari kawasan yang ditugaskan dan perlu pulang ke negara mereka setelah waktu kerja tamat pada hari berkenaan.

Idris berkata turut dibincangkan ialah usaha menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam sebagai laluan destinasi pelancongan utama rakyat Indonesia.

"Kita mengalu-alukan syarikat penerbangan dari Indonesia yang berminat untuk membawa pelancong datang ke Malaysia menggunakan LTAM dan bagi pihak kerajaan Melaka, kita akan mencari jalan terbaik untuk menambah bilangan penerbangan harian," katanya.

Sementara itu, Idris turut menerima kunjungan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata dalam kunjungan yang lebih bersifat lawatan suai kenal itu, mereka antara lain membincangkan perkembangan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan