Malindo Air Berlepas Dari Subang Bermula 3 Jun

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Chandran Rama Muthy bergambar di hadapan pesawat baru ATR 72-600 di Subang pada Isnin.  Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Air, Chandran Rama Muthy bergambar di hadapan pesawat baru ATR 72-600 di Subang pada Isnin. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Malindo Air akan berlepas dari Terminal Skypark Subang di Subang menuju ke Pulau Pinang, Johor Baru dan Kota Baru dari 3 Jun menggunakan pesawat kipas (turboprop).

Malindo pada Isnin berkata, tambang perjalanan sehala bernilai RM69 dari 3 Jun hingga Mac 2014.

Syarikat penerbangan itu membeli enam pesawat ATR72-600 bermula sekarang hingga Disember.

Pesawat pertama dijangka tiba pada Isnin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan